PERUTUSAN PENGARAH
En. Gazari bin Osman
Pengarah Kolej Komuniti Tawau
Tersergam indah menabur jasa
Budi ditabur diidam jaya
Luangkan waktu, lapangkan masa
kenali kami di alam maya
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web kolej komuniti Tawau Sabah (KKTS). Saya mewakili seluruh warga KKTS merasa bangga di atas kunjungan tuan/puan ke laman web kami. Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, laman web ini dapat membantu memastikan semua pengunjung web KKTS khasnya dan semua warga KKTS amnya akan memperolehi informasi pantas dan terkini mengenai KKTS. Ia juga merupakan salah satu strategi memperkenalkan dan mempromosikan KKTS kepada pihak luar bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai misi, visi, perkembangan serta matlamat penubuhan Kolej Komuniti.
Sehubungan itu, saya mengalu-alukan pandangan, kritikan yang membina serta sebarang pertanyaan melalui emel bagi mempertingkatkan dan memantapkan lagi mutu perkhidmatan daripada kami dan membantu merealisasikan harapan anda.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu bagi menjayakan hasrat ini.
Sekian, Wasalam.
Last Updated on Tuesday, 10 January 2012 15:04
Utama
W3C



















