AddThis Social Bookmark Button

Pilihan Bahasa

Pengumuman

Powered by JoomlaGadgets

Kursus Tawaran

You are here: ::.UtamaFAQ

Makluman Terkini

Soalan Lazim

AddThis Social Bookmark Button
S1. Adakah Kolej Komuniti sebuah IPT Swasta?
J1. Bukan! Kolej Komuniti adalah sebuah IPT Awam

S2. Apakah kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti?

J2. Kolej Komuniti menawarkan 2 jenis kursus:
1. Kursus Jangka Pendek
2. Sijil Modular Kebangsaan

S3. Adakah Apakah perbezaan di antara Sijil Kolej Komuniti dan Sijil Modular Kebangsaan (SMK)?

J3. Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.

S4. Adakah Sijil Kolej Komuniti diiktiraf?

J4. Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA
Sijil Kolej Komuniti yang bakal dianugerahkan kepada lulusan Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan pula adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil) sahaja.

S5. Berapa lama tempoh pengajian di Kolej Komuniti?

J5. Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti. Tempoh pengajian Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK). Oleh itu tempoh minimum untuk memperoleh Sijil Kolej Komuniti pula adalah 2 tahun.

S6. Berapakah yuran yang dikenakan?

J6. Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK

S7. Adakah penginapan pelajar disediakan?
         J7. Tidak! Walaubagai manapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan

S8. Bagaimana pengajian di Kolej Komuniti dijalankan?

J8. Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.

S9. Apa peluang kerja lulusan Kolej Komuniti?

J9. Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam* (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian
* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

Last Updated on Wednesday, 04 January 2012 12:45

Webmail KK Tawau

Kalender Aktiviti KKTS

Sindikasi Rss

Melanggan Berita

Receive
Terms and Conditions

Pautan Aplikasi Luar

Perisian Sokongan Web

Kaunter Pengunjung

Go to top