AddThis Social Bookmark Button

Pilihan Bahasa

Pengumuman

Powered by JoomlaGadgets

Kursus Tawaran

You are here: ::.UtamaSijil Modular KebangsaanRangkaian Komputer

Makluman Terkini

Rangkaian Komputer

AddThis Social Bookmark Button

Rangkaian Komputer

Pengenalan

Sijil Rangkaian Komputer adalah satu program yang menawarkan peluang pendidikan kepada komuniti setempat secara berperingkat-peringkat. Di bawah struktur pakej program ini terdapat empat sijil yang di kenali sebagai Sijil Modular Kebangsaaan (SMK) iaitu:

 SMK1 – Pembangunan Rangkaian
 SMK2 – Penstrukturan Rangkaian
 SMK3 – Pembangunan Server
 SMK4 – Pembangunan Keselamatan Rangkaian

Pelajar akan di berikan latihan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang dipilih dan di akhir program ini pelajar-pelajar dapat memenuhi pasaran kerja kelak.


SMK1
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [PEMASANGAN KABEL RANGKAIAN], [PENDAWAIAN RANGKAIAN], [REKABENTUK PENDAWAIAN BERSTRUKTUR] dan [PEMASANGAN RANGKAIAN TANPA WAYAR]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan


SMK2
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PENSTRUKTURAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [KONFIGURASI RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)], [KONFIGURASI RANGKAIAN METROPOLITAN (MAN)] dan [KONFIGURASI RANGKAIAN LUAS (WAN)]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.


SMK3
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN SERVER]. Kemahiran ini termasuk [KONFIGURASI DOMAIN NAME SERVER], [KONFIGURASI ACTIVE DIRECTORY SERVER], [KONFIGURASI PROXY DAN DHCP SERVER], dan [KONFIGURASI WEBSERVER]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.


SMK4
Peserta akan diberikan latihan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan [PEMBANGUNAN KESELAMATAN RANGKAIAN]. Kemahiran ini termasuk [PENGGUNAAN ANTIVIRUS], [KONFIGURASI KESELAMATAN INTERNET)] dan [MEMBUAT STORAN SOKONGAN (BACK UP DATA)]. Di akhir program ini, peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja sebagai juruteknik rangkaian atau seorang usahawan.

Last Updated on Wednesday, 30 November -0001 06:55

Pautan Aplikasi Luar

Perisian Sokongan Web

Kaunter Pengunjung

Go to top