AddThis Social Bookmark Button

Pilihan Bahasa

Pengumuman

Powered by JoomlaGadgets

Kursus Tawaran

You are here: ::.UtamaSijil Modular KebangsaanServis Kenderaan Ringan

Makluman Terkini

Servis Kenderaan Ringan

AddThis Social Bookmark Button

SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN TEMPOH
1. Penyelengaraan Kenderaan Ringan 3 Bulan
2. Imbangan Roda dan Penjajaran 3 Bulan
3. Rombak Rawat Enjin 6 Bulan
4. Penyelenggaraan Sistem Gantungan , Stering dan Brek 6 Bulan
5. Penyelenggaraan Sistem Penghantaran 6 Bulan








PENYELENGGARAAN KENDERAAN RINGAN 3 BULAN

Peserta akan diberi latihan kemahiran dan pengetahuan tentang kerja-kerja asas di dalam penyelenggaraan kenderaan ringan. Kemahiran yang akan didedahkan kepada Peserta adalah perkhidmatan pelanggan bengkel kereta, penyediaan pra servis kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan, perlaksanaan servis asas kenderaan ringan dan prosedur penyerahan kenderaan kepada pelanggan.


IMBANGAN DAN PENJAJARAN RODA 3 BULAN

Peserta akan diberi latihanan kemahiran di dalam kerja-kerja pengimbangan dan penjajaran roda kenderaan ringan. Peserta akan didedahkan kepada binaan tayar dan kaedah-kaedah menservis tayar. Peserta juga akan dilatih untuk melaksanakan pengimbangan dan penjajaran roda serta juga teknik-teknik membaiki kerosakan tayar.


ROMBAT RAWAT ENJIN 6 BULAN

Peserta akan diberi kemahiran dalam melaksanakan rombak rawat enjin berbilang silinder termasuk sistem enjin kepala silinder, bongkah silinder, sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem bahanapi dan sistem penyalaan menggunakan peralatan dan teknologi terkini.


PENYELENGGARAN SISTEM GANTUNGAN, STEERING DAN BREK 6 BULAN

Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem gantungan, stereng dan brek kenderaan ringan. Kemahiran ini termasuk kemahiran menyelenggara dan membaikpulih sistem gantungan hadapan, sistem gantungan belakang, sistem stereng, sistem stereng kuasa, brek disk, brek gelendong/drum dan brek parking.


PENYELENGGARAN SISTEM PENGHANTARAN 6 BULAN

Peserta akan diberi latihan kemahiran di dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem penghantaran di dalam kenderaan ringan. Ini termasuk kerja-kerja menservis dan membaiki aci pandu, transmisi manual, transmisi automatik, kerbeda dan gandar. Peserta akan didedahkan kepada teknologi dan peralatan terkini dalam melaksanakan kerja penyelenggaran sistem penghantaran kenderaan ringan.

Last Updated on Wednesday, 30 November -0001 06:55

Pautan Aplikasi Luar

Perisian Sokongan Web

Kaunter Pengunjung

Go to top