ï»ż
AddThis Social Bookmark Button

Pilihan Bahasa

Pengumuman

Powered by JoomlaGadgets

Kursus Tawaran

You are here: ::.UtamaSijil Modular KebangsaanSijil Pemasangan Elektrik

Makluman Terkini

Sijil Pemasangan Elektrik

AddThis Social Bookmark Button

SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN TEMPOH
1. Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal 3 Bulan
2. Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal 3 Bulan
3. Pemasangan Mesin Elektrik 3 Bulan
4. Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Tiga Fasa 3 Bulan
5. Pendawaian ‘Ducting’, ‘Cable Tray’, SWA & ‘Underground Cable’ 3 Bulan
6. Pemasangan Elektrik Tiga Fasa 3 Bulan


PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 3 BULAN

Peserta dapat melakukan pendawaian permukaan “surface wiring”fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi proses kerja pendawai yang merangkumi proses pendawaian, pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

 

PENDAWAIAN PEMBULUH DAN SESALUR FASA TUNGGAL 3 BULAN

Peserta dapat melakukan pendawaian pembuluh dan sesalur “conduit and trunking wiring” fasa tunggal. Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membenang, membengkok, memotong dan memasang pembuluh dan sesalur, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

 

PEMASANGAN MESIN ELEKTRIK 3 BULAN

Peserta akan didedahkan kepada pelbagai jenis motor aruhan sangkar tupai dan motor aruhan rotor berlilit serta melaksanakan merombakrawat, pemasangan dan kawalan motor. Peserta akan juga diberi latihan kemahiran tentang kawalan motor seperti kawalan magnetik, PLC dan “soft starter and inverter”

 

PENDAWAIAN PEMBULUH DAN SESALUR TIGA FASA 3 BULAN

Peserta dapat melakukan pendawaian tersembunyi bagi pepasangan pembuluh dan sesalur “conduit and trunking wiring” tiga fasa. Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membenang, membengkok, memotong dan memasang pembuluh dan sesalur, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan aksesori elektrik. Diakhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

 

PENDAWAIAN DUCTING, CABLE TRAY, SWA & UNDERGROUND CABLE 3 BULAN

Peserta dapat melakukan pendawaian bagi pepasangan yang menggunakan “ducting, cable tray, steel wire armoured cable and underground cable” . Kandungan kursus ini meliputi kerja pendawaian yang merangkumi proses kerja seperti membengkok, memotong dan memasang “ducting and cable tray” dan menanam “underground cable”, termasuk menjalankan kerja pengujian, pemeriksaan dan pemasangan . Diakhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja sebagai pendawai elektrik di syarikat-syarikat kontraktor elektrik.

 

PEMASANGAN MESIN ELEKTRIK TIGA FASA 3 BULAN

Peserta akan dapat mengenal jenis-jenis motor fasa belah, universal, “stepper motor” satu fasa dan motor arus terus serta mengenal binaan, merombakrawat, pemasangan dan kawalan motor. Peserta akan juga memPesertai jenis-jenis kawalan motor seperti kawalan magnetik, PLC dan “soft starter and inverter” .

Last Updated on Wednesday, 30 November -0001 06:55

Pautan Aplikasi Luar

Perisian Sokongan Web

Kaunter Pengunjung

Go to top